Assalamu alaikum.
Tujuan Allah mencipta kita dan meletakkan di muka bumi ini adalah untuk dijadikan khalifah. Hal ini disebut oleh ayat 30 al-Baqarah, Allah berfirman, 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi'. Jadi, kita tidak ada pilihan lain selain menjadi khalifah. Kajian saya menemui 8 ayat yang menyebut khalifah, ertinya untuk menjadi khalifah itu ialah dengan mengikuti maksud ayat-ayat yang 8 itu. Buat permulaan saya poskan artikel bertajuk TUJUAN PENCIPTAAN MANUSIA.
Tulisan ini adalah merupakan skrip video saya. Videonya boleh ditonton di YouTube mola70s. Saya sudah siarkan 3 siri video. Yang ke-4 dan 5 sedang disiapkan. Jadi berikut ini ialah skrip bagi Siri 1.
Tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian,
ü untuk menjadi orang Islam yang baik harus tahu tujuan penciptaan manusia
ü untuk mengharap rahmat Allah harus tahu tujuan penciptaan manusia.
Ertinya,
TPM
ü adalah pengetahuan paling asas yang kita perlukan
untuk menjadi orang Islam yang baik,
ü pengetahuan paling asas yang diperlukan untuk kita
mendapat rahmat Allah.
Pendek kata untuk menjadi
orang Islam yang baik,
Untuk menjadi orang
yang mendapat rahmat Allah,
mau tak mau kena tahu
dulu TPM.
Jadi pengetahuan
tentang TPM adalah ilmu yang paling asas untuk menjadi seorang Islam yang baik
dan dirahmati Allah.
Dengan kata lain, TPM
harus kita ketahui terlebih dahulu sebelum kita belajar hal2 agama.
Ertinya, sebelum kita
belajar tentang muamalat,
belajar tentang ibadah
dan cara2 beribadah, dsbnya,
apa yang boleh dan
tidak boleh kita lakukan dsbnya,
harus tahu TPM,
Jika tidak,
ditakuti lain yang
Allah suruh, lain pula yang kita lakukan,
ditakuti juga, cara
beribadah kita akan jadi tidak tentu hala,
tidak tahu yang mana yang diredhai, yang mana tidak
diredhai.
Sdr/sdri dihormati sekalian,
jadi konten video ini akan menerangkan tentang TPM,
Ini ialah pengetahuan tentang TPM,
atau apakah tujuan Allah mencipta kita dan meletakkan
di bumi ini.
Apakah tujuan
Allah mencipta kita dan meletakkannya di bumi.
TPM
adalah untuk dijadikan khalifah.
Hal
ini disebut oleh ayat 30 al-Baqarah, yang menyebut
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di
bumi.
Saya
ulang, sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.
Ertinya,
Allah mencipta kita dan meletakkan di bumi ini tujuannya untuk dijadikan khalifah.
Maksudnya,
harus
difahami bahawa maksud ayat 30 itu tadi,
Allah menyuruh semua manusia menjadi khalifah
Jadi
persoalan kita sekarang ialah:
ü siapakah khalifah
itu,
ü atau macam mana hendak menjadi khalifah.
Siapakah khalifah?
Jadi tentu sdr/adri hendak tahu
bagaimana cara menjadi seorang khalifah
di bumi ini, sekarang ini.
Video ini akan cuba menjelaskan
maksud ayat 30 itu tadi,
tetapi yang maksudnya ketua
pemerintah atau raja.
Video ini akan menjelaskan khalifah
dengan maksud lain,
mengikut beberapa ayat al-Quran yang saya temui.
Saya mulakan dengan menyatakan bahawa seruan menjadi
khalifah itu adalah buat kita semua,
Allah menghendaki kita
semua menjadi seorang khalifah
di bumi.
Sebelum itu, kita lihat dulu, mengapa Allah menghendaki manusia menjadi khalifah.
Maksud di sini ialah apakah alasan Allah menyuruh kita menjadi khalifah itu.
Jadi apabila Allah hendak menjadikan manusia sebagai khalifah itu bukan saja2, tetapi ada alasannya.
Alasannya disebut oleh ayat 165 al-Anam,
Dan Dia lah yang menjadikan kamu
khalifah di
bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat,
Maksudnya,
Allah menyuruh manusia menjadi khalifah itu ialah meninggikan setengah kamu atas
setengahnya yang lain beberapa darjat,
Ayat ini membayangkan, bahawa setiap manusia Allah
jadikan tidak sama antara seorang dengan yang lain.
Ertinya, setiap manusia itu diberi beberapa kelebihan, yang tersendiri, yang tidak sama antara
seorang dengan yang lain.
Ertinya, ada orang diberi kelebihan dari sudut
jasmani, seperti badan besar, kuat,
yang lain pula diberi kelebihan dari sudut rohani,
seperti otaknya cerdik, pandai dalam pelajaran.
Apakah Kelebihan2
itu?
Mengikut ayat 69 al-Araf kelebihan itu dikodkan sebagai
kelebihan
(dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu
Ertinya, kelebihan itu ialah
dari segi bentuk kejadian tubuh.
Tetapi jangan lupa, manusia dijadikan dari dua unsur,
unsur jasmani
unsur rohani.
Yang jasmani itu ialah tubuh badan kita
dan segala anggotanya kaki, tangan,
termasuk dalam badan seperti seperti hati, jantung,
paru2, sistem saliran darah, saraf dsb.
Yang rohani ialah akal, emosi, naluri,
Jadi kedua-dua inilah yang disebut kelebihan dan kekuatan itu tadi.
Jadi, yang kelebihan
itu maksudnya ialah yang rohani itu,
yang kekuatan
itu maksudnya ialah yang jasmani itu.
Selain jasmani
dan rohani itu tadi ialah ada
kelebihan lain yang dimasuk kira sebagai kelebihan
dan kekuatan itu, iaitu wang dan harta.
Sebab?
Wang dan harta kepunyaan kita itu adalah manifestasi
dari kelebihan akal.
Akal yang cerdik
ü menjadikan seseorang itu pandai dalam pelajaran
ü
menjadikan
seseorang itu pandai business
Hasilnya ialah harta kekayaan.
Jadi harta kekayaan itu juga dikira kelebihan
bagi sesetengah orang.
Jadi apa yang dapat kita lihat ialah fenomena
ü Ada orang kaya, ada orang miskin,
ü ada yang badan besar, kuat, ada yang badan kecil,
tidak kuat,
ü
ada pula yang
jadi OKU
Jadi hendak
disebutkan di sini ialah
semua aspek
inilah yang Allah jadikan alasan
menyeru manusia agar menajdi khalifah.
Kita lihat penjelasannya.
Di sisi Allah swt, kelebihan2
itu dilihat sebagai nikmat-nikmat Allah.
Ayat 69 al-Araf, menyebut Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya.
Jadi, oleh
kerana itu adalah nikmat2 Allah,
ayat yang sama menyeru, maka
kenanglah.
Jadi, yang hendak dikenang itu ialah:
ü kekuatan
jasmani,
ü kelebihan
rohani,
ü
wang dan harta.
Yang Allah sebut sebagai nikmat2 Allah.
Macam mana?
Kelebihan lawannya kekurangan.
Jadi cara mengenang
itu ialah menggunakan nikmat-nikmat itu bagi membantu mereka yang kekurangan.
Jadi seseorang yang menyahut seruan maka kenanglah itu dikatakan telah
mencapai martabat khalifah.
Jadi fahamlah mengapa Allah hendak menjadikan manusia
sebagai khalifah.
Alasannya ialah
ü Kerana manusia mempunyai beberapa darjat kelebihan tetapi banyak kekurangan
ü Bagi menampung kekurangannya
itu tadi manusia Allah memerintahkan orang yang ada kelebihan itu mencukupkannya.
Jadi inilah caranya untuk
menjadi khalifah, cara hidup kekhalifahan.
Ertinya siapa orang Islam yang menyahut seruan mengenang itulah yang mendapat martabat
khalifah.
Jadi, ertinya inilah pra syarat:
ü menjadi orang Islam yang baik,
ü orang yang hidupnya akan mendapat rahmat Allah.
ü yang disebut oleh ayat 69 al-Araf iaitu jalan hidup yang berjaya.
ü
Jalan hidup
yang ganjarannya ialah jalan singkat ke syurga, tanpa melalui sesi seksaan di
neraka.
Jadi harus difahami ayat 165 al-Anam dan ayat 69
al-Araf itu ialah asas untuk menjadi khalifah.
Apa yang hendak kita lakukan?
Melalui ayat 69 al-Araf, Allah swt menyebut, maka kenanglah.
Apakah yang hendak dikenang
itu?
Ada dua perkara yang perlu kita jangan sampai lupa:
1.
Mengenang
nikmat2 yang disebut kelebihan (dan
kekuatan) itu,
2.
Ayat 165 menyebut
kerana Dia hendak menguji
kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.
Saya ulang
dua perkara itu:
Apakah yang hendak dikenang
itu?
Ada dua perkara yang perlu kita jangan sampai lupa:
1.
Mengenang
nikmat2 yang disebut kelebihan (dan
kekuatan) itu,
2.
Ayat 165 menyebut
kerana Dia hendak menguji
kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.
Apakah
caranya hendak mengenang itu?
Menggunakan kelebihan
(dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh itu.
Apabila disebut pada
bentuk kejadian tubuh ertinya menggunakan jasmani dan rohani kita.
Caranya:
Kelebihan lawannya kekurangan
Jadi
caranya ialah menggunakan kelebihan
yang kita ada, untuk membantu orang yang kita rasa ada kekurangannya.
Dari sudut jasmani:
ü Kalau kita lelaki rasa lebih kuat dari perempuan, kita
tolong orang perempuan.
ü
Kalau kita sedar
kita cukup segala anggota, ada tangan kaki kita tolong OKU.
Dari sudut rohani:
ü Kalau kita rasa kita lebih pandai komputer, maka
tolong orang lain yang kurang pandai.
ü Kalau kita rasa kita pandai sikit2 tentang kereta,
tolong orang yang menghadapi masalah kereta tak boleh start.
ü
Kalau seorang
perempuan menghadapi masalah tak boleh start kereta, kita tolong sebab dia
mungkin tak tahu.
Siapakah khalifah?
Itulah sikap seorang khalifah.
Senang
bukan.
Tetapi jangan lupa,
manifestasi dari kecerdikan akal itu membuatkan dia jadi kaya harta dan wang;
ü Dia mampu belajar sampai dapat lulus university,
ü Dia pandai business, banyak wang dan harta.
Jadi
ini juga kelebihan dari sudut rohani;
Jadi kita juga dituntut menggunakan harta dan wang ini
untuk membantu orang yang kekurangan.
Kalau
jiran menghadapi masalah kewaangan membayar yuran sekolah/pengajian, kita wajib membantu.
Nota:
Jika
sdr/sdri ada soalan atau komen,
Sila
buat komen di bawah artikel ini,
atau
wsap 0133377242 Hj Mohamad.
Sila
mulakan wsap tuan/puan dengan perataan ‘Khalifah’