Amar makruf

Gelaran khalifah disebut juga dalam Hadis yang menyebut, Barangsiapa yang menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran bererti ia adalah khalifah Allah swt, serta khalifah Kitab dan rasul-Nya di bumi. (Hadis ini tercatat dalam Kitab Mukasyafah al-Qulub ms 181, karangan asal Imam al-Ghazali).

Menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran lebih popular dengan sebutan amar makruf nahi mungkar. Jelas, hadis ini menyatakan bahawa orang yang menegakkan amar makruf nahi mungkar bererti ia adalah khalifah (atau sebaik-baik manusia).

Amar makruf nahi mungkar juga disebut dalam al-Quran. Ayat 110 ali-Imran menyebut, Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Frasa kata dilahirkan untuk manusia bermaksud hidupnya untuk manusia, hidup untuk faedah manusia lain ini adalah yang disebut ayat 69 al-Araf, maka wajarlah untuk menyatakan bahawa sikap amar makruf nahi mungkar itu adalah kualiti bagi sebaik-baik manusia, yang bergelar khalifah.

Bezanya, amar makruf nahi mungkar itu faedah yang dinikmati orang lain adalah secara tidak langsung, orang yang merasai kemanfaatan dan kemaslahatan daripadanya tidak seperti mana yang dirasainya ketika mendapat pertolongan atau sedekah.

Namun, mari kita lihat dahulu apakah konsep amar makruf nahi mungkar itu.

Mengikut hadis ini, amar makruf nahi mungkar ialah, Barangsiapa melihat kemunkaran ubahlah dengan tangan, jika tidak mampu ubahlah dengan lidah, dan jika tidak mampu ubahlah dengan hati, tetapi ini merupakan selemah-lemah iman. Apakah maksud selemah-lemah iman itu?

Tetapi mengikut ayat 110 ali-Imran menyebut bahawa amar makruf nahi mungkar mestilah menggunakan tangan dan lidah. Alasannya ialah kerana ayat itu menyebut ukhrijat ()  dalam ayat 
Ukhrijat bermaksud dinampakkan kepada manusia (boleh dilihat amar makruf nahi mungkarnya) atau dizahirkan. Ini bukan bermaksud supaya kita menunjuk-nunjuk, tetapi menghendaki pelaksanaan nahi mungkar itu yang menggunakan kaedah tangan dan lidah. Bukankah yang dilakukan dengan tangan dan lidah itu sesuatu boleh dilihat (ukhrijat)?

Konsep ukhrijat itu bertujuan agar amar makruf nahi mungkar itu menjadi syiar agama, atau lambang keagamaan. Jadi ayat 110 itu seolah-olah sebagai satu bentuk seruan Allah swt agar amar makruf itu menjadi suatu lambang kebesaran, keagungan, kemuliaan Islam. Dengan hati konsep nahi mungkar tidak dapat mencapai seruan tersebut.

Jadi di sini menunjukkan ada sedikit ketidaktentuan tentang maksud amar makruf nahi mungkar. Yang manakah yang harus kita ikuti antara ayat al-Quran atau Hadis berkenaan.

Apabila disebut akhlak Rasulullah saw ialah al-Quran, ertinya akhlak baginda adalah berasaskan ayat-ayat al-Quran.


No comments:

Post a Comment