Ayat 62 an-Naml menyebut
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi?Mengikut ayat 62 itu menunjukkan khalifah ertinya pengganti. Mengikut
ayat ini seseorang khalifah itu menjadi pengganti Allah:
> memperkenankan doa orang yang menderita,
> menghapuskan kesusahan
> menguasai bumi
Siapakah
dia orang yang menderita itu?
Orang yang menderita kerana penyakit, mengalami musibah seperti
kebakaran, kemalangan, dsb. Golongan ini tidak semestinya orang miskin sahaja,
tetapi termasuk orang kaya, orang yang gagah kuat jasmaninya; kalau berdoa,
apakah yang dimintanya? Lalu, apakah yang dapat kita lakukan?
Orang yang kesusahan itu ialah orang miskin, anak yatim, orang tua yang keseorangan, dsb, tetapi tidak termasuk orang kaya atau seumpamanya; kalau berdoa apakah yang dimintanya? Lalu apakah yang hendak kita lakukan?
Jadi apabila Allah menyatakan siapakah yang memperkenankan
doa itu ertinya Allah mengharap
manusia menggantikan-Nya melepaskan manusia dari penderitaan
dan kesusahan itu. Namun hakikatnya pertolongan itu adalah dari Allah, Allah
mengaturnya melalui ciptaan-Nya, menggerakkan manusia-manusia tertentu yang
mempunyai naluri kekhalifahan menunaikan doa mereka.
Misalnya, jika jiran kita sakit siapakah yang
menolongnya memberi obat, atau menghantarnya ke klinik atau hospital; jadi
orang yang membantunya itu sebagai pengganti Allah melepaskan penderitaannya.
Dalam suasana perkelahan, terdengar jeritan orang
meminta tolong kerana anaknya sedang kelemasan,
siapakah yang berusaha menyelamatkannya? Tentu sekali orang-orang yang ada di sekitar itu; orang itulah
sebagai pengganti Allah melepaskan kesusahannya.
Mengikut ayat yang sama Allah menyeru manusia
khalifah menggantikan-Nya menguasai bumi ini; menguasai bumi ini bererti mengurus bumi ini dari sebarang
tindakan bermaharajalela melaku-kan kerosakan (al-Araf, 74).
Jadi peranan dan tanggung jawab sebagai pengganti itu ialah
mengurus manusia, dan mengurus bumi ini.
> Mengurus manusia bererti menjamin
kehidupannya supaya jangan sampai ada manusia yang kesusahan atau menderita,
> Mengurus bumi bererti menjamin
supaya bumi ini menjadi tempat tinggal manusia yang selamat dan sejahtera.
Justeru,
apakah sikap kita selama menjalani hidup di bumi ini?
Riwayat berikut ini boleh kita jadikan sandaran
bagi menjustifikasi persoalan ini. (Riwayat ini tercatat dalam kitab Mukasyafatul Qulub karangan Imam al-Ghazli,
dalam bentuk dialog antara Nabi Musa dengan Allah).
Allah swt: Wahai
Musa, apakah engkau sudah mengerjakan satu amal soleh untu-Ku? Nabi
Musa: Wahai Tuhan-ku, aku telah
mengerjakan solat untuk-Mu, berpuasa untuk-Mu, bersedekah untuk-Mu, sujud
kepada-Mu, memuji-Mu, membaca kitab-Mu, dan berzikir kepada-Mu. Allah
swt: Wahai Musa, adapun solatmu,
maka itu adalah bukti nyata untukmu. Puasamu adalah perisai untukmu. Sedekah
adalah naungan untumu. Dan tasbih adalah cahaya untukmu. Lalu amal perbuatan apa yang sudah
engkau lakukan untuk-Ku? Nabi Musa: Wahai
Tuhan-ku, tunjukkanlah perbuatan itu agar aku boleh melakukannya untuk-Mu. Allah
swt: Wahai Musa, apakah pernah
mendukung wali-wali-wali-Ku? Apakah engkau pernah memusuhi musuh-Ku?
|
Riwayat ini menggambarkan apakah sikap yang Allah
swt kehendaki sebagai pengganti.
Kamus
Dewan memberi erti wali ialah orang yang diberi kuasa (dalam Islam)
untuk mengurus anak yatim dan hartanya.
Ini
bermaksud amalan perbuatan yang Allah
tuntut buat kita melakukannya ialah amalan yang berkait dengan mengurus manusia itu; bukan amal ibadah seperti mengerjakan solat, berpuasa,
bersedekah, sujud, memuji Allah, membaca al-Quran, dan berzikir itu.
Jadi, wali itu ialah
orang yang menjadi wakil Allah mengurus manusia dan tempat
tinggalnya.
Jadi
apabila Allah menyebut hendak menjadikan seorang
khalifah itu (al-Baqarah, 30) ertinya Allah mencipta manusia dan
meletakkannya di bumi ini supaya
menjadi manusia yang bergelar khalifah
atau wali, yang agenda utamanya selama
berada di muka bumi ini ialah mengurus kehidupan (manusia dan alam ini), bukan
beribadah itu.
No comments:
Post a Comment