Aisyah berkata Akhlak Nabi adalah al-Quran.
Ertinya setiap ayat, setiap kalimah al-Quran
adalah asas akhlak baginda Nabi saw.
1
Apabila ayat 30
al-Baqarah menyebut
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi itu,
ertinya baginda Nabi saw
adalah seorang khalifah,
2
Apabila
ayat 165 al-Anam menyebut
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi
dan meninggikan setengah
kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat,
ertinya baginda menyedari asal kejadiannya
adalah seperti yang disebut itu,
kerana Ia
hendak menguji kamu
pada apa
yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu,
ertinya, baginda menjalani kehidupan
berasaskan kepada asal kejadiannya itu.
3
Apabila ayat 69 al-Araf menyebut
dan Allah
telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan)
pada
bentuk kejadian tubuh kamu.
Maka
kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya.
ertinya baginda
menyahut seruan maka
kenanglah itu,
4
Apabila
ayat 74 al-Araf menyebut
(dengan diberi kemudahan)
untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata,
dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah.
Maka
kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu
dan
janganlah kamu bermaharajalela
melakukan
kerosakan di muka bumi,
ertinya, baginda Nabi tidak melakukan kerosakan di bumi
secara bermaharajalela
itu.
5
Apabila ayat 129 al-Araf menyebut
tentang penganiayaan dan penghambaan
terhadap pengikut Nabi Musa,
dan mengingatkan kemudian
Dia akan
memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?
Baginda berpegang kepada peringatan itu
sepanjang menjalani kehidupan di bumi;
dan menjaga bentuk kelakuan
seperti yang disebut oleh ayat 14 Yunus.
Pendek kata,
ü > akhlak baginda
adalah sebagai seorang khalifah,
ü > keperibadian baginda berasaskan kepada ayat-ayat yang tersebut di atas itu.
Dengan kata lain, ayat-ayat di
atas itu adalah:
ü > keperibadian baginda,
ü > cara hidup baginda,
ke> keIslaman baginda,
D Dikatakan keIslaman itu kerana Islam adalah celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan (al-Baqarah, 138)
Pendek kata, secara
tidak langsung boleh disebut bahawa agama Nabi saw adalah yang berasaskan tujuan
penciptaan manusia itu, iaitu hidup sebagai seorang khalifah (mengikut ayat 30 al-Baqarah) itu.
Apabila hadis menyebut Di akhir zaman umat
Islam berpecah kepada 73 hanya 1 yang diredai Allah, ertinya yang 1
itulah Islam baginda Nabi saw, yang antara ciri-cirinya ialah ayat-ayat yang
menyebut khalifah itu.
No comments:
Post a Comment