Firman Allah mengenai amalan Amar Makruf Nahi Munkar
· Surah Al-Muddathir 1-5
(1)Wahai orang yang berselimut! (2) Bangunlah serta berilah
peringatan dan amaran (kepada umat manusia). (3) Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan
ingatlah kebesaranNya! (4) Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. (5)
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
· Surah Fussilat, 33
“Dan tidak ada yang lebih baik
perkataannya daripada orang yang mengajak kepada Allah, serta ia sendiri
mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah
bulat-bulat kepada Allah)!
· Surah At-Taubah, 71
“Dan orang-orang yang beriman,
lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain;
mereka mengajak kepada kebaikan, dan melarang daripada berbuat kemungkaran; dan
mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan
RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
· Surah Al-i-Imran, 104
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya.
· Surah Ali-Imran, 110
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu mengajak kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran, serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan
sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman
(sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka.
(Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang
yang fasik.
· Surah Al-i-Imran, 114
“Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan mengajak
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mereka pula segera pada
mengerjakan berbagai-bagai kebaikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah
dari orang-orang yang soleh.
· Surah Yusuf, 108
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku, mengajak manusia kepada Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”[al-Quran 12:108]
· Surah An-Nisa, 17
"Pertaubatan yang diterima oleh Allah hanyalah untuk
orang-orang yang melakukan kejahatan dalam ketidaktahuan (atau kecerobohan) dan
kemudian bertaubat sesaat kemudian. Itulah orang-orang yang Allah akan
memaafkan, dan Allah sentiasa Mengetahui dan Bijaksana." Ayat 17
· Surah Luqman, 17
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan ajaklah
kepada kebaikan dan cegah kemungkaran , dan bersabarlah
atas kesusahan yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari
perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya., Ayat 17
Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah,
yang mengembara), yang rukuk, yang sujud, yang mengajak kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran serta yang menjaga batas-batas hukum
Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman. Ayat 112
· Surah Al-Hajj, 41
Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka
kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi
zakat, dan mereka mengajak kepada kebaikan '''dan mencegah
kemungkaran dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. Ayat
41
Hadis
Rasulullah (SAW) yang menerangkan Sunnah Amar Makruf Nahi Munkar
"Barang siapa di antara kamu menjumpai kemungkaran maka
hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu
hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia mencegah
dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman".
(Hadis riwayat Muslim)
"Apabila umatku mencintai dunia, luputlah mereka dari
mencintai Islam. Apabila mereka berhenti dari mengajak kebaikan dan
mencegah mungkar , mereka akan diangkat keberkatan wahyu(tidak faham
Al-Quran), Apabila mereka mula caci mencaci sesama mereka, mereka akan
terhindar dari rahmat Allah.
Hukum Amalan Amar Makruf Nahi Munkar
Sama seperti Rukun Harian Islam kedua iaitu Solat, Hukum amalan
Amar Makruf Nahi Munkar terbahagi kepada 2 iaitu Fardhu Kifayah dan Fardhu Ain.
Fardhu Kifayah untuk semua lelaki di dalam kariah Masjid secara
berjemaah dan Fardhu Ain untuk sesiapa yang mengucapkan Kalimah Syahadah lelaki
atau perempuan secara perseoarangan
Masa yang diperuntukkan untuk Amalan Amar Makruf Nahi Munkar.
Sama atau lebih seperti masa yang diperuntukkan untuk ibadah
Solat, (5 x 10 minit ) dalam sehari. Para Nabi memulakan hari mereka dengan
amalan Amar Makruf Nahi Munkar.
Definasi atau Maksud Kebaikan dan Kemungkaran di dalam Al-Quran
Kebaikan yang paling besar di lakukan oleh manusia adalah
mengucapkan pengakuan bahawa Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah
dan Aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah, setelah mengucap Kalimah Pesaksian
ini orang Islam dituntut memberi masa untukkerja mengajak kebaikan dan mencegah
kemunkaran.
Kemungkaran yang paling besar di lakukan oleh manusia adalah
tidak mengaku persaksian "Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad
pesuruh Allah" dicegah dengan kebaikan iaitu mengajak orang belum
Islam untuk mengucapkan Kalimah Syahadah.
Kemungkaran yang paling besar dilakukan orang Islam ialah tidak
menjalankan kerja mengajak kebaikan dan mencegah kemunkaran dan yang kedua
tidak menjaga Solat, dicegah dengan berjumpa mereka dan diajak mereka
meluangkan masa mentaati perintah Allah ini.
No comments:
Post a Comment