Ideologi Islam

Ketidaktentuan dan kecelaruan dalam kehidupan Islam itu adalah kerana kebanyakan kita berpegang kepada ideologi yang bercampur aduk antara kebenaran dengan falsafah, metos, dan pemikiran-pemikiran akal manusia dan sebagainya. Dengan kata lain kita berpegang kepada ideologi yang bukan lagi ideologi Islam yang tulin.

Untuk kembali kepada ideologi yang tulin tidak ada cara lain selain kembali memahami tujuan penciptaan manusia.

 Ideologi ialah sistem kepercayaan yang menjadi asas tingkah laku seseorang. Ia merupakan set kepercayaan yang memandu bagaimana cara menjalankan kehidupan seperti urusan muamalat, sosial, politik dan sebagainya.

Dengan maksud lain ia adalah idea yang mendasari keperluan mental dan jasmani individu dalam membentuk perjalanan sesebuah masyarakat, meliputi setiap masa dan ruang kehidupan: permasalahan politik, sosial, ekonomi dan perkara-perkara yang bersangkut paut dengan sejarah dan sosio-geografi manusia.

Kamus Dewan Edisi Ketiga mentafsirkan ideologi sebagai fahaman (ajaran) yang dipakai, atau dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain tujuan. Ertinya bagi seseorang individu ideologi adalah fahaman (ajaran) yang dipakai, atau dicita-citakan untuk dasar jalan hidupnya; atau bagi seseorang ketua keluarga ia adalah sebagai dasar atau polisi perjalanan keluarganya.

Ideologi selalunya dikaitkan dengan pandangan tokoh dan sarjana seperti Destertt de Tracy, Machiavelli, Thomas H, Karl Marx. Namun ideologi Islam adalah berdasarkan wahyu, justeru janganlah dipalit dengan pandangan-pandang tokok dan sarjana itu tadi. Dengan kata lain, janganlah menilai ideologi Islam dengan mengambil kira pandangan-pandangan yang diasaskan kepada pemikiran-pemikiran mereka itu, kecuali yang serasi dengan ideologi Islam.

Fahaman membawa erti yang berbeza dengan ideologi. Kamus Dewan Edisi Ketiga menyebut bahawa fahaman ialah pengetahuan, pemikiran, anggapan, pendapat dan kepercayaan seseorang terhadap sesuatu perkara. Jadi fahaman adalah sebahagian daripada item yang membentuk ideologi. Dengan kata lain fahaman adalah merupakan komponen yang membentuk ideologi.

Fahaman ialah pemikiran-pemikiran yang masih dalam bentuk tanggapan semata-mata, yang mungkin menjadi realiti atau tidak mengikut tanggapan sesuatu masyarakat. Ideologi adalah gagasan idea yang terbina daripada pemikiran-pemikiran manusia terhadap sesuatu konsep, dan sudah dijadikan pegangan oleh sesebuah masyarakat.

Bagi ideologi Islam, ayat-ayat al-Quran itu melahirkan pemikiran-pemikiran yang membentuk ideologi atau yang disebut gagasan idea. Oleh kerana ianya adalah wahyu, ertinya ia adalah gagasan idea yang tidak memerlukan masyarakat memutuskan menerimanya atau tidak, ia adalah gagasan yang mutlak, mesti diikuti. Pastinya ia adalah suatu gagasan idea yang luhur, ideal, dan sifatnya universal dan komprehensif.

Misalnya apabila ayat 69 al-Araf menyebut Maka kenanglah, maka fahaman bagaimana caranya mengenang itu adalah buah fikiran atau pemikiran-pemikiran yang membina ideologi (Islam); apabila ayat 110 al-Isra menyebut Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu maka fahaman bagaimana cara membacanya itu adalah juga buah fikiran atau pemikiran-pemikiran yang membina ideologi (Islam).

Menolak penganiayaan seperti yang disebut oleh ayat 14 surah Yunus itu juga adalah suatu ideologi, yang terbina oleh pemikiran-pemikiran mengenai ayat tersebut. Demikian juga pemikiran-pemikiran yang lahir dari ayat-ayat tentang khalifah yang lain-lain itu.

Pendek kata apa jua bentuk perintah atau larangan sama ada yang tersurat atau tersirat dari ayat-ayat tentang khalifah itu adalah ideologi. Jadi, orang-orang yang menjadikannya sebagai dasar perjalanan hidupnya akan mengangkat manusia ke darjat sebaik-baik manusia, yang digelar khalifah itu.

Jadi harus difahami iaitu apabila saya mencadangkan kita memahami tujuan penciptaan manusia itu jika mahu menyisihkan segala ketidaktentuan dan kecelaruan yang telah dan sedang berlaku itu bahawa ayat-ayat yang menyebut khalifah itu sebagai tunggak ideologi bagi sebaik-baik manusia. Sebagai tunggak ianya mendasari hujah-hujah syarie yang lain-lain itu; jadi hujah-hujah syarie itu adalah merupakan rangkaian-rangkaiannya yang menjelaskan lagi ideologi itu.

Jadi di sini hendak menyatakan bahawa sebaik-baik manusia adalah mereka yang berpegang kepada ideologi yang sumbernya ialah al-Quran dan Hadis itu.

Justeru perhatikanlah bahawa pages selepas ini adalah merupakan antara ideologi-ideologi yang menjadi asas bagi mengenyahkan segala ketidaktentuan dan kecelaruan, supaya diri kita bebas dari segala ketidaktentuan dan kecelaruan itu.

 

Usul al-Fiqh nerupakan satu cabang dalam bidang syariah Islam. Ia merupakan ilmu asas dalam pembentukan hukum Islam sebelum terhasil sebagai satu hukum muktamad terhadap satu isu dalam masyarakat Islam yang kemudiannya diwartakan dalam undang-undang Islam (Usul Fiqh Dalam Syariah Islam, 7).

Ilmu Usul al-Fiqh bermaksud, Ilmu tentang kaedah-kaedah yang membawa kepada usaha merumuskan hukum syara’ dari dalil-dalil atau sumber yang terperinci seperti al-Quran, Hadith, Ijma’ dan lain-lain.

Ilmu Usul al-Fiqh adalah Kaedah-Kaedah yang menjelaskan cara-cara mengeluarkan hukum dari dalil dan sumber-sumber hukum.

Pendek kata, ilmu Usul al-Fiqh adalah ilmu yang menjadi dasar kepada ilmu Fiqh.

Pendedahan ilmu Usul al-Fiqh menerusi penulisan buku ini akan memahamkan masyarakat mengenai cara pembentukan hukum yang memerlukan kemahiran memahami nas-nas staraj secara secara mendalam, sama ada nasa al-Quran, al-Hadith mahupun ijtihad ulama silam (Usul Fiqh Dalam Syariah Islam, 8)

Fiqh ialah hukum-hukum syara’ yang telah dirumus dari dalil-dalil  menurut aturan yang telah ditentukan.

 Ilmu Fiqh. Justeru, mari kita lihat sebahagian daripada gagasan-gagasan Islam. Gagasan-gagasan yang akan dibentang ini sudah sedia ada sejak sekian lamanya. Cuma barangkali ramai yang belum menyedarinya, atau terlepas pandang, yang menjadi punca belakunya ketidaktentuan dan kecelaruan itu.

Hakikatnya, inilah gagasan yang menjadi asas bagi menjustifikasi kebenaran Islam, yang boleh dijadikan asas bagi memperbetul dan membanteras ketidaktentuan dan kecelaruan yang sedang kita bincangkan, dan yang menjadi asas membina watak dan keperibadian bagi sebaik-baik manusia.

Namun harus disedari juga apabila Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi mengatakan Ilmu Fiqh tidak menghendaki siapa yang bercakap tetapi para ulama yang memutus betul atau salahnya. Justeru, harus dilihat sesuatu buah fikiran itu, bukan melihat siapakah yang bercakap, kerana Saidina Umar pernah menyebut Sungguh setiap orang lebih faham tentang agama daripada aku (lihat di page Golongan Yang Sedikit. Namun terpulanglah: mengikut hadis, jika sesuatu buah fikiran itu tidak betul dapat satu, jika betul dapat dua.

No comments:

Post a Comment