Dalam
Page 1 TPM telah disebut alasan Allah menjadikan manusia sebagai
khalifah. Jadi seseorang khalifah itu ialah individu yang menegakkan prinsip
hidup saling membantu, dengan kata lain seseorang khalifah itu ialah
yang keperibadian berpegang kepada prinsip hidup untuk faedah orang lain.
Alasannya
ialah kerana ayat 165
al-Anam kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu,
iaitu kelebihan dan kekuatan itu tadi.
Jadi,
apabila Allah hendak menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi (al-Baqarah,
30) ertinya setiap
manusia harus
menjadi seorang khalifah, berpegang kepada prinsip hidup itu
tadi; kerana setiap manusia itu Allah anugerahi dengan:
ü kelebihan
ü kekuatan
Mengikut
ayat 165 al-Anam, kesemua anugerah ini Allah jadikan ujian.
Jadi
seseorang khalifah itu ialah individu yang prinsip hidupnya
berpegang kepada idea menggunakan kelebihan dan kekuatan tubuhnya untuk
membantu orang yang kekurangan.
Namun
harus disedari bahawa manifestasi dari kelebihan dan kekuatan itu ialah harta dan wang. Ertinya
kerana kelebihan akal yang cerdik bersama dengan kekuatan
jasmaninya itu dapat digunakan untuk mencari harta dan wang. Jadi, harta dan
wang itu adalah dikira sebagai sebahagian daripada maksud kelebihan dan
kekuatan itu tadi.
Jadi
setakat ini, keperibadian seseorang khalifah itu adalah berdasarkan
kepada ayat 30 al-Baqarah, ayat 165 al-Anam dan ayat 69 al-Araf.
Ayat
74 al-Araf, menyebut, Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di
bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya
yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka
kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela
melakukan kerosakan di muka bumi.
Ayat ini menarik
perhatian kita supaya janganlah kamu
bermaharajalela melakukan kerosakan di muka
bumi. Alasannya, bumi tempat kita tinggal ini Allah sediakan sebagai tempat
tinggal untuk mendirikan rumah.
Apabila Allah
menyeru Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu, ertinya Allah menyeru menjaganya dengan cara janganlah kamu bermaharajalela melakukan
kerosakan di muka bumi.
Jadi
dapat difahami bahawa ayat 74 al-Araf ini adalah sebagai satu lagi prinsip
hidup buat seorang khalifah kerana Allah menyeru maka kenanglah
itu.
Ayat
ini ialah tentang aduan pengikut Nabi Musa mengenai penganiayaan dan penghambaan yang
dilakukan oleh Firaun. Jawapan Nabi Musa adalah seperti yang tersebut itu. Yang
sangat penting untuk dilihat ialah amaran Dia akan memerhati bagaimana pula
perbuatan kamu.
Ertinya
amaran ini adalah satu lagi yang harus kita jadikan prinsip hidup kita sebagai khalifah.
Sangat
jelas, ayat ini ditujuakan kepada kita (umat Muhammad).
Mesejnya
ialah Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.
Jadi, dari ayat-ayat di atas itu harus dijadikan keperibadian seseorang khalifah:
ü * menggunakan
kelebihan dan kekuatan untuk membantu yang kekurangan (al-Araf, 69)
ü * jangan bermaharajalela
melakukan kerosakan di muka bumi (al-Araf, 74)
ü * menjauhi
penganiayaan dan penghambaan terhadap orang lain (al-Araf, 129)
ü * peringatan
tentang bentuk kelakuan selaku umat Muhammad (yunus, 14).
No comments:
Post a Comment