Sedekah Nabi saw

Kisah sedekah baginda Nabi saw.

Kisah berikut diriwayatkan dari salah seorang sahabat Nabi saw, *Jabir ra*.

Suatu hari, kaum Muslimin sedang duduk-duduk di dekat masjid di Madinah. Dari kejauhan, tampak segerombolan orang sedang berjalan kaki. Mereka berpakaian compang-camping. Terlihat dari wajah mereka kelelahan dan kemiskinan yang menyakitkan.

Rasulullah saw ikut menyaksikan situasi ini. Wajah baginda bersedih.

Kemudian, baginda masuk ke dalam rumah dan keluar kembali tidak lama kemudian. Nabi saw lantas menyuruh Bilal untuk mengumandangkan azan dan qamat. Selanjutnya, shalat pun didirikan di bawah pimpinan baginda.

Selesai shalat, Rasulullah saw bersabda di hadapan jamaah, “Wahai sekalian manusia, hendaklah setiap orang menyedekahkan sebahagian dari dinarnya, sebahagian dari dirhamnya, sebahagian dari pakaiannya, segantang dari gandumnya, dari segantang kurmanya. Bersedekahlah biarpun hanya dengan sebiji kurma!”

Sabda baginda Nabi saw amat menyentuh hati kaum Muslimin. Seorang demi seorang pulang ke rumah untuk kemudian kembali lagi dengan membawa harta sedekah.

Antara mereka itu ada seorang lelaki dari golongan Anshar membawa sebuah pundi yang hampir-hampir tangannya tidak kuat membawanya. Ada pula orang-orang yang membawa berlapis-lapis pakaian serta makanan.

Jabir melihat dua tumpukan dari sedekah itu yang terdiri atas makanan dan pakaian. Dalam masa yang singkat sahaja, terkumpulah wang dalam jumlah yang banyak sekali.

“Kelihatan wajah Rasulullah berseri-seri bagaikan sesuatu bersepuh emas layaknya,” kata Jabir.

Nabi saw lantas memanggil perwakilan kelompok kafilah miskin tadi, lalu menyerahkan bantuan yang terkumpul itu, beliau bersabda, “Barangsiapa membuat suatu aturan yang baik, maka baginya pahala ditambah dengan pahala orang-orang yang menjalankan aturan itu di belakangnya, dengan tidak dikurangi sedikit pun dari pahala mereka”

Dalam hal ini, Nabi saw menyebut orang yang pertama kali memberi respon kepada seruan baginda. Baginda melihat oleh kerana respondnya itulah ramai Muslimin yang lain tergerak untuk ikut bersedekah. Baginda saw menyebut, bagi orang yang pertama kali itu akan mendapatkan pahala berlipat ganda, tanpa mengurangi pahala orang-orang yang mengikut jejaknya.


No comments:

Post a Comment