Sebaik-Baik Manusia

Jadi seseorang individu yang berjaya menunaikan seruan-seruan berikut adalah dikira sebagai sebaik-baik manusia.

ü > menggunakan kelebihan dan kekuatan untuk membantu yang kekurangan (al-Araf, 69)

ü > jangan bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi (al-Araf, 74)

ü > menjauhi penganiayaan dan penghambaan terhadap orang lain (al-Araf, 129)

ü > peringatan tentang bentuk kelakuan selaku umat Muhammad (yunus, 14).

Sebuah hadis menyebut, Sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada orang lain, dan sejahat-jahat manusia adalah yang mendatangkan kerugian bagi orang lain. Hadis ini tercatat dalam kitab Mukasyafah al-Qulub muka surat 180 karangan (asal) Imam al-Ghazali.

Tentu kalian setuju untuk mengatakan empat faktor di atas ini sebagai jalan menyumbang kepada maksud memberikan manfaat kepada orang lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ertinya sebaik-baik manusia itu ialah khalifah, yang keperibadiannya dirumus oleh hadis itu memberikan manfaat kepada orang lain.

Ertinya, apabila Allah menyatakan hendak menjadikan manusia khalifah melalui ayat 30 al-Baqarah itu ialah untuk menjadikan sebaik-baik manusia. Jadi sama ada hendak menjadi sebaik-baik manusia atau menjadi khalifah itu kedua-duanya adalah sama maksud, sama darjat. Disebut demikian itu kerana ada orang yang terkejut bila dikatakan Allah hendak menjadikan manusia sebagai khalifah.

Dengan itu, untuk menjadi sebaiak-baik manusia yang paling mudah ialah dengan menyahut seruan ayat 69 al-Araf itu iaitu menggunakan kelebihan dan kekuatan itu. Namun harus difahami bahawa kita melakukannya atas inisiatif sendiri bukan atas permintaan; barulah dikatakan itu adalah keperibadian kita.

Bagi orang yang tidak sudi melakukannya dikatakan sejahat-jahat manusia kerana mendatangkan kerugian orang lain, orang lain tidak mendapat faedah darinya.

Bagi orang yang berharta pula harus menggunakan lebihan hartanya untuk membantu orang yang kekurangan. Jika dapat hingga ke tahap membangun orang yang kekurangan itu sehingga ia terlepas dari kesusahannya. Ertinya sehingga orang berkenaan itu tidak lagi berada di tahap yang ada, dan mampu pula untuk membangun orang lain.


No comments:

Post a Comment