Diriwayatkan, ketika khalifah Umar al-Khattab ra sedang melakukan tawaf, dia terdengar seseorang berdoa, Ya Allah, jadikanlah aku dalam kalangan hamba-Mu yang sedikit.
Tertarik
dengan doa itu, selepas tawaf Saidina Umar
bertanya kepadanya, Mengapa kamu berdoa
sebegitu rupa? Belum pernah aku mendengar sesuatu seperti itu.
Sahabat itu menjawab, Wahai
Amirul Mukminin! Aku membaca doa itu kerana aku takut dengan firman Allah:
Ertinya,
Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan
kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai
jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu yang bersyukur. (al-Araf, 10)
Jawapan
itu membuat Saidina Umar tersentak dan menangis lantas memberi respon, Sungguh setiap orang lebih faham tentang
agama daripada aku.
Tersentak
itu tandanya sejak sekian lamanya baginda berada di jalan yang dirasainya
kurang tepat. Apakah yang kurang tepat itu?
Frasa
kata menetapkan kamu (dan memberi kuasa)
di bumi itu menunjukkan Allah mencipta
manusia dan meletakkan di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai
jalan) penghidupan ertinya supaya menjalani
kehidupan. Berapa ramaikah orang yang berpegang kepada maksud ayat ini.
Tidaklah
keterlaluan jika dikatakan terlalu sedikit orang
yang berpegang kepada situasi ini,
lalu kebanyakan mereka berpegang
kepada idea bahawa hidup di dunia ini untuk tujuan
beribadah.
Bagi
menjalani kehidupan, Allah berfirman dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan.
(berbagai jalan)
penghidupan itu bermula dengan
ciptaan mata-hari, cahayanya mengandungi tenaga yang boleh digunakan oleh
tumbuhan untuk fotosintisis, hasilnya untuk makanan, obat-obatan, kayunya untuk
membina rumah, dijadikan pakaian, dan berbagai-bagai lagi.
Fakta
kajian menunjukkan hanya bumi yang sesuai untuk dijadikan tempat tinggal
manusia, manusia tidak boleh hidup di matahari, atau di bulan, atau di bintang
lain. Dengan qada’ qadar-Nya di bumi
inilah telah menetapkan kamu hidup. Kemudian
di dalam bumi inilah berbagai sumber kehidupan seperti yang disebut oleh ayat
29 al-Baqarah Dia-lah (Allah) yang
menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu yang
bersyukur.
Jika
sekadar hal-hal yang disebutkan ini masakan Umar as tidak mengetahuinya. Jadi
apakah yang dimaksudkannya Sungguh setiap
orang lebih faham tentang agama daripada aku. Apakah tentang agama yang tidak diketahuinya sedangkan beliau adalah
sahabat rapat Nabi saw. Namun beliau terasa benar-benar belum berada dalam
kalangan golongan yang sedikit itu.
Di
sini, tidak lain dan tidak bukan ialah golongan khalifah atau sebaik-baik
manusia, yang mengurus manusia dan
alam ini. Inilah golongan yang hidupnya mengikut tujuan penciptaannya. Inilah cara
hidup yang mendapat rahmat Allah swt, yang memperoleh jalan singkat ke
syurga. Inilah golongan orang yang mempunyai keimanan martabat ketiga itu.
Selebihnya
ialah manusia awam yang hidupnya
masih terpalit dengan ketidaktentuan dan
kecelaruan walaupun dirinya Islam. Dia masuk syurga setelah menjalani sesi
membersih dosa-dosanya.
Justeru
berusahalah untuk menjadi orang yang
bersyukur itu. Malah Allah akan tambah lagi nikmat kepada hamba-hambaNya
yang bersyukur! Dan jika kamu sekalian bersyukur atas nikmat yang Aku berikan, maka niscaya akan
Aku tambah nikmat-Ku untukmu. (Ibrahim,
7)
Jika
ditelusuri semula jejak-jejak langkah seorang khalifah, kita hanya perlu membuat anjakan paradigma
pemikiran, meninggalkan kehidupan
Islam yang lama dan mula mengikuti yang baru, dengan kata lain melakukan pembaharuan.
ü Menjadi seorang yang menyahut seruan maka kenanglah itu,
ü Berpegang kepada prinsip hidup untuk faedah orang lain,
ü Menjalani kehidupan mengikut ideologi Islam,
ü Beribadah yang tujuannya untuk
mendapat sikap tunduk patuh, bukan
untuk kepentingan diri seperti meraih
pahala,
ü Beramal dengan berpegang kepada fiqh keutamaan dan wasatiyah itu.
Jadi dapatlah kita memahami bahawa idea tujuan penciptaan manusia itu akhirnya
membawa kita ke dalam kelompok sebaik-baik
manusia itu, dan berdoa agar dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit.
No comments:
Post a Comment