Assalamu alaikum.
Sempena maal hijrah tahun ini, sebaik-baik hijrah ialah hijrah minda.
Jadi, setelah kita ketahui bahawa kita dicipta dan diletakkan di bumi ini tujuannya untuk dijadikah khalifah (al-Baqarah, 30) maka sebaik-baik hijrah adalah meninggalkan idea yang lama kepada yang baru (lihat tajdid dalam laman ini). Yang baru itu ialah yang berasaskan kepada idea tujuan penciptaan manusia.
Adalah tidak munasabah, apabila Allah hendak menjadikan kita sebagai khalifah, kita pula mencari jalan lain selain jalan kekhalifahan itu.
Alasan Allah sangat simple untuk diikuti: Allah mencipta manusia dianugerahi dengan ketinggian darjat yang beberapa sahaja (al-Anam, 165) ertinya manusia mempunyai banyak kekurangan.
Bagi mengatasi kekurangan itu Allah mengharap manusia menjalani kehidupan yang saling bergantung antara satu sama lain, bagi mencukupkan kekurangan itu. Jadi, seruan-seruan Allah melalui ayat-ayat yang menyebut khalifah itu maksudnya ialah menyeru manusia hidup dalam situasi saling bergantung hidup antara satu sama lain. Inilah bentuk kehidupan kekhalifahan, iaitu hidup dalam situasi saling bantu membantu. Jadi alasan untuk menjadi khalifah itu cukup simple, dan simple juga untuk diikuti. Dengan demikian sewajarnya kita berfikir bahawa jalan hidup yang Allah aturkan itu juga adalah simple, sangat praktikal, manusia mampu melakukannya.
Jadi, sewajarnya prinsip hidup yang harus kita pegang dan amalkan ialah seperti yang disebut oleh hadis iaitu hidup yang memberi manfaat kepada orang lain. Inilah konsep hidup kekhalifahan itu.
Apakah alasan kita untuk tidak menyahut seruan Allah swt itu tadi?
Cuma, barangkali kerana bunyinya ialah khalifah itu menyebabkan kebanyakan kita sedikit tergamam, terkejut, kerana itulah ayat 62 an-Namli menyebut khalifah ertinya pengganti.
Menjadi pengganti Allah jangan dilihat bahawa kita menyisihkanAllah dan mengambil tempat-Nya tetapi harus dilihat dari sudut yang disebut oleh hadis Setiap kali hamba-Ku menolong orang susah, Aku ada di sebelahnya.
Wallahu aalam.