Sebuah buku yang saya baca menyebut, Sejak kedatangan Islam, iaitu Islam Nabi saw, mendedahkan terdapat banyaknya kepercayaan, konsep, falsafah, mitos, tahyul, tradisi dan adat, di mana kepalsuan bercampur aduk dengan kebenaran, yang salah dengan yang benar, yang karut marut dengan agama, dan mitos dengan falsafah.
Ekoran ini saya mencari bukti-buktinya. Banyak yang saya jumpa, kesimpulan yang boleh saya buat ialah bahawa Islam hari ini sudah tidak tulin lagi. Alasannya ialah bahawa Islam hari ini adalah Islam untuk beribadah.
Lalu saya teruskan pencarian saya. Saya ketemukan ayat 30 al-Baqarah. Ayat ini menyebut tujuan Allah mencipta manusia dan meletakkan di bumi ini untuk dijadikah khalifaf. Ada 8 ayat yang saya temui yang menyebut khalifah.
Penilaian saya menunjukkan Allah mencipta manusia dan meletakkan di bumi tujuannya supaya menjalani kehidupan, bukan untuk beragama. Cuba lihat ayat 165 al=Anam, ayat 69 al-Araf, ayat 74 al-Araf, ayat 129 al-Araf, ayat 14 Yunus, ayat 55 an-Nur dan ayat 14 Sad. Baik jika saya sebutkan bahawa ayat-ayat ini semuanya menyebut tentang kehidupan, tidak sedikit pun menyebut beribadah.
Kesimpulannya, saya melihat Islam kita hari ini ada dua versi, satu Islam agama cara hidup, dua Islam agama untuk beribadah. Lalu timbul persoalan yang mana satu hendak diikuti?
Aisyah pernah berkata Akhlak baginda Nabi adalah al-Quran, ertinya setiap ayat al-Quran dan setiap kalimah al-Quran adalah akhlak baginda Nabi saw. Ertinya Sunnah baginda Nabi adalah berasaskan ayat-ayat tentang khalifah itu, ertinya agama baginda Nabi saw adalah berasaskan ayat-ayat tentang khalifah itu juga.
Jika ayat-ayat tentang khalifah ini tidak sedikit pun menyebut tentang beribadah, ertinya Islam yang baginda ikuti adalah bukan untuk beribadah.
Lalu saya terpanggil untuk melihat maqasid syariah, saya dapati lima perkara yang diperintahkan kita menunaikannya ialah menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan, dan menjaga nyawa. Jika kita pandang sekali lalu pun kita dapat kesemua lima perkara ini adalah berkaitan kehidupan (kehidupan dunia).
Saya terlintas untuk mencari di mana Rukun Islam. Jawapannya dalam menjaga agama itu. Menjaga agama itu caranya ialah dengan beriman dan menjalani cara hidup Islam.
Jadi jika hendak dipadukkan dengan menjaga agama, kelihatannya Rukun Islam itu adalah di bawah menjaga agama. Beriman itu ertinya beriaqidah iaiatu mengucap syahadah, dan cara hidup Islam itu asasnya ialah sembahyang, zakat, puasa dan haji. Sebuah hadis menyebut Pokok segala urusan Islam, tiangnya sembahyang, puncaknya jihad.
Dengan demikian menunjukkan Islam bukan agama untuk beribadah.
Jadi ada dua darjat Islam, Islam agama cara hidup dan Islam untuk beribadah. Yang mana satu kita sedang ikut? Kerana inilah buku yang saya baca itu menyebut demikian.