Antaranya yang saya dapati ialah seperti yang disebut di page SEDEKAH NABI saw.
Selain dari dapatan ini saya temui juga dua lagi yang menunjukkan baginda Nabi saw lebih banyak bersedekah kepada manusia, bukan masjid. Insya Allah saya akan postingkan kemudian.
Saya katakan kesialapan itu kerana agama menyuruh kita menjaga kehidupan, seperti yang disebut oleh maqasid daruriyat, iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta. Kesemua lima perkara ini adalah tentang kehidupan.
Maqasid daruriyat adalah maqasid atau matlamat asas dalam agama. Apabila asas ertinya adalah paling utama, tidak boleh ditinggalkan. Dengan kata lain sebelum kita melakukan maqasid yang takhsiniyat seperti menderma ke masjid kita wajib melakukan yang daruriyat. Tetapi fenomena menunjukkan ramai antara kita tersilap faham, ramai yang tertarik untuk menderma kepada masjid daripada menjaga kehidupan itu.
Dalam carian saya menunjukkan tidak ada riwayat baginda Nabi menderma kepada masjid, banyak menderma kepada kemanusiaan. Jadi, jika ada sesiapa yang ada maklumat bahawa baginda Nabi saw juga pernah menderma ke masjid, sila turunkan dalam komen di blog ini. Permintaan saya ini kerana Nabi pernah bersabda, SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT.
Wallahu aalam.
No comments:
Post a Comment