Wednesday, December 13, 2023

Ibadah yang diredai

Dalam posting yang lalu adalah bertujuan mencari bukti sama ada baginda Nabi saw pernah menderma wang ke masjid atau tidak. 
Yang mendorong saya mencarinya itu kerana hari ini ramai yang sangat tertarik untuk menderma ke masjid, sedangkan pada hakikatnya Islam lebih mengharap agar kita menjaga kehidupan. Buktinya dalam syariat Islam kita kena menjaga lima perkara iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta. Kesemua perkara ini adalah berkaitan dengan kehidupan. Saya kata kena itu ertinya wajib, kerana diletak di bawah maqasid daruriyat, sedangkan menderma ke masjid itu di bawah maqasid takhsiniyat, yang hukumnya hanya sunat. Ini menunjukkan lain yang Islam suruh lain pula yang kita lakukan. Yang jadi persoalan ialah apakah amalan menderma ke masjid itu akan diredai Allah?
Sdr/sdri tentu pernah membaca riwayat tentang ibadah sembahyang, zikir, puasa baginda Nabi Musa tidak diredai Allah kerana tujuannya adalah 'untuk dirimu sendiri' kata Allah swt. Yang dikatakan 'untukmu itu' misalnya ialah untuk mencari pahala diri baginda sendiri, seperti mana kita menderma ke masjid.
Jadi sekali lagi adakah beribadah menderma ke masjid itu tadi akan diredai Allah swt?
Sila respon, atau komen sedikit di bawa posting saya ini. 
Untuk kebaikan kita bersama.

No comments:

Post a Comment