Friday, November 21, 2025

Ayat 111 Yusuf

 

Pengajaran dari Ayat 111 Surah Yusuf

Ayat 111 Surah Yusuf menutup kisah Nabi Yusuf a.s. dengan satu peringatan besar daripada Allah:
“Sesungguhnya pada kisah-kisah itu ada ibrah bagi mereka yang berakal.”

Maknanya, al-Quran bukan sekadar cerita. Ia bukan catatan sejarah untuk dibaca tanpa kesan. Setiap kisah — termasuk kisah Yusuf — adalah ibrah, cermin untuk melihat diri sendiri, dan petunjuk untuk membuat keputusan hidup.

Kisah Yusuf mengajar kita bahawa jalan hidup seorang beriman tidak selalu mudah. Yusuf dibuang ke dalam perigi, dijual sebagai hamba, digoda, difitnah, dan dipenjara. Namun setiap ujian itu bukan tanda Allah benci. Bahkan, ia adalah tangga untuk mengangkat darjatnya. Dari penjara yang gelap, Allah keluarkannya menjadi penguasa Mesir. Dari kezaliman saudara-saudaranya, Allah keluarkan kebaikan dan penyatuan kembali keluarga.

Ayat ini juga mengingatkan bahawa al-Quran bukan cerita rekaan. Ia benar, penuh hikmah, membenarkan kitab-kitab sebelumnya, dan mengajar manusia prinsip hidup yang cukup untuk memandu akhlak dan keputusan.

Akhirnya, Allah menyebut bahawa al-Quran adalah petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman. Maknanya, sesiapa yang mengambil pengajaran daripada kisah Yusuf — bersabar, menjaga kehormatan, memaafkan, bertakwa, dan bertawakkal — dia akan merasai petunjuk dan rahmat itu dalam hidupnya sendiri.

Kesimpulannya:
Apa saja yang berlaku dalam hidup kita — susah, teraniaya, disisih atau diuji — lihatlah kisah Yusuf. Allah tidak pernah meninggalkan orang yang bersabar dan bertakwa. Dan setiap kisah dalam al-Quran adalah jawapan untuk hidup kita hari ini, jika kita mengambil ibrahnya.

Friday, March 21, 2025

 Coretan-coretan dalam blog ini adalah tentang khalifah. Ayat 30 al-Baqarah menyebut 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah'. Justeru setiap kali membaca halaman-halaman yang disediakan dalam blog ini, jangan lupa bahawa Allah menyatakan ada 3 golongan manusia di bumi. 

1. golongan orang bertakwa,

2. golong orang kafir

3. golongan orang munafik.

Sila baca ayat-ayat 2-27 al-Baqarah. Hal ini disebut dalam halaman 'Latar belakang'.

Sunday, April 7, 2024

Antara dua darjat

Sebuah buku yang saya baca menyebut, Sejak kedatangan Islam, iaitu Islam Nabi saw, mendedahkan terdapat banyaknya kepercayaan, konsep, falsafah, mitos, tahyul, tradisi dan adat, di mana kepalsuan bercampur aduk dengan kebenaran, yang salah dengan yang benar, yang karut marut dengan agama, dan mitos dengan falsafah.

Ekoran ini saya mencari bukti-buktinya. Banyak yang saya jumpa, kesimpulan yang boleh saya buat ialah bahawa Islam hari ini sudah tidak tulin lagi. Alasannya ialah bahawa Islam hari ini adalah Islam untuk beribadah. 

Lalu saya teruskan pencarian saya. Saya ketemukan ayat 30 al-Baqarah. Ayat ini menyebut tujuan Allah mencipta manusia dan meletakkan di bumi ini untuk dijadikah khalifaf. Ada 8 ayat yang saya temui yang menyebut khalifah.

Penilaian saya menunjukkan Allah mencipta manusia dan meletakkan di bumi tujuannya supaya menjalani kehidupan, bukan untuk beragama. Cuba lihat ayat 165 al=Anam, ayat 69 al-Araf, ayat 74 al-Araf, ayat 129 al-Araf, ayat 14 Yunus, ayat 55 an-Nur dan ayat 14 Sad. Baik jika saya sebutkan bahawa ayat-ayat ini semuanya menyebut tentang kehidupan, tidak sedikit pun menyebut beribadah.

Kesimpulannya, saya melihat Islam kita hari ini ada dua versi, satu Islam agama cara hidup, dua Islam agama untuk beribadah. Lalu timbul persoalan yang mana satu hendak diikuti?

Aisyah pernah berkata Akhlak baginda Nabi adalah al-Quran, ertinya setiap ayat al-Quran dan setiap kalimah al-Quran adalah akhlak baginda Nabi saw. Ertinya Sunnah baginda Nabi adalah berasaskan ayat-ayat tentang khalifah itu, ertinya agama baginda Nabi saw adalah berasaskan ayat-ayat tentang khalifah itu juga. 

Jika ayat-ayat tentang khalifah ini tidak sedikit pun menyebut tentang beribadah, ertinya Islam yang baginda ikuti adalah bukan untuk beribadah.

Lalu saya terpanggil untuk melihat maqasid syariah, saya dapati lima perkara yang diperintahkan kita menunaikannya ialah menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan, dan menjaga nyawa. Jika kita pandang sekali lalu pun kita dapat kesemua lima perkara ini adalah berkaitan kehidupan (kehidupan dunia).

Saya terlintas untuk mencari di mana Rukun Islam. Jawapannya dalam menjaga agama itu. Menjaga agama itu caranya ialah dengan beriman dan menjalani cara hidup Islam.

Jadi jika hendak dipadukkan dengan menjaga agama, kelihatannya Rukun Islam itu adalah di bawah menjaga agama. Beriman itu ertinya beriaqidah iaiatu mengucap syahadah, dan cara hidup Islam itu asasnya ialah sembahyang, zakat, puasa dan haji. Sebuah hadis menyebut Pokok segala urusan Islam, tiangnya sembahyang, puncaknya jihad

Dengan demikian menunjukkan Islam bukan agama untuk beribadah.

Jadi ada dua darjat Islam, Islam agama cara hidup dan Islam untuk beribadah. Yang mana satu kita sedang ikut? Kerana inilah buku yang saya baca itu menyebut demikian. 

Wednesday, December 13, 2023

Ibadah yang diredai

Dalam posting yang lalu adalah bertujuan mencari bukti sama ada baginda Nabi saw pernah menderma wang ke masjid atau tidak. 
Yang mendorong saya mencarinya itu kerana hari ini ramai yang sangat tertarik untuk menderma ke masjid, sedangkan pada hakikatnya Islam lebih mengharap agar kita menjaga kehidupan. Buktinya dalam syariat Islam kita kena menjaga lima perkara iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta. Kesemua perkara ini adalah berkaitan dengan kehidupan. Saya kata kena itu ertinya wajib, kerana diletak di bawah maqasid daruriyat, sedangkan menderma ke masjid itu di bawah maqasid takhsiniyat, yang hukumnya hanya sunat. Ini menunjukkan lain yang Islam suruh lain pula yang kita lakukan. Yang jadi persoalan ialah apakah amalan menderma ke masjid itu akan diredai Allah?
Sdr/sdri tentu pernah membaca riwayat tentang ibadah sembahyang, zikir, puasa baginda Nabi Musa tidak diredai Allah kerana tujuannya adalah 'untuk dirimu sendiri' kata Allah swt. Yang dikatakan 'untukmu itu' misalnya ialah untuk mencari pahala diri baginda sendiri, seperti mana kita menderma ke masjid.
Jadi sekali lagi adakah beribadah menderma ke masjid itu tadi akan diredai Allah swt?
Sila respon, atau komen sedikit di bawa posting saya ini. 
Untuk kebaikan kita bersama.

Monday, November 27, 2023

Sedekah Nabi saw

Ramai antara kita yang bersedekah ke masjid atau surau tetapi tidak pula kepada anak yatim atau miskin. Saya sentuh kedudukan ini kerana rasanya ini adalah suatu kesilapan. Atas sebab ini saya cuba mencari faktanya.
Antaranya yang saya dapati ialah seperti yang disebut di page SEDEKAH NABI saw. 
Selain dari dapatan ini saya temui juga dua lagi yang menunjukkan baginda Nabi saw lebih banyak bersedekah kepada manusia, bukan masjid. Insya Allah saya akan postingkan kemudian.
Saya katakan kesialapan itu kerana agama menyuruh kita menjaga kehidupan, seperti yang disebut oleh maqasid daruriyat, iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga keturunan dan menjaga harta. Kesemua lima perkara ini adalah tentang kehidupan.
Maqasid daruriyat adalah maqasid atau matlamat asas dalam agama. Apabila asas ertinya adalah paling utama, tidak boleh ditinggalkan. Dengan kata lain sebelum kita melakukan maqasid yang takhsiniyat seperti menderma ke masjid kita wajib melakukan yang daruriyat. Tetapi fenomena menunjukkan ramai antara kita tersilap faham, ramai yang tertarik untuk menderma kepada masjid daripada menjaga kehidupan itu.
Dalam carian saya menunjukkan tidak ada riwayat baginda Nabi menderma kepada masjid, banyak menderma kepada kemanusiaan. Jadi, jika ada sesiapa yang ada maklumat bahawa baginda Nabi saw juga pernah menderma ke masjid, sila turunkan dalam komen di blog ini. Permintaan saya ini kerana Nabi pernah bersabda, SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT.
Wallahu aalam.

Saturday, October 14, 2023

Islam agama cara hidup

Islam adalah agama cara hidup, bukan agama untuk beribadah.

Ketahui fakta2 yang menyokongnya. 

Kefahamannya sangat penting. 

Ketidaktahuan kefahaman ini boleh menyebabkan ibadah kita besar kemungkinannya tidak diredai Allah, dan cara hidup kita juga demikian.

Tentang ibadah yang tidak diredai Allah itu tidak disebut secara khusus dalam video ini, tetapi akan disirakan pada masa2 akan datang.

Video berkenaan adalah tentang Allah memerintahkan kita menjadi seorang khalifah.

Sebelum video ini telah dijelaskan watak dan keperibadian seseorang khalifah, boleh juga dilihat dalam laman Youtube mola70s. 

Siri yang baru di posting ini adalah Siri 9, tentang ayat2 al-Quran yang membuktikan fakta bahawa ayat2 tentang khalifah itu juga membayangkan bahawa Islam adalah agama cara hidup..

Sila ke Youtube mola70s https://www.canva.com/design/DAFgfXIiACw/2vin-ezaJJ35AUJaNb9wAw/edit?utm_content=DAFgfXIiACw&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=sharebutton. 

Friday, July 7, 2023

Assalamu alaikum.

Sempena maal hijrah tahun ini, sebaik-baik hijrah ialah hijrah minda.

Jadi, setelah kita ketahui bahawa kita dicipta dan diletakkan di bumi ini tujuannya untuk dijadikah khalifah (al-Baqarah, 30) maka sebaik-baik hijrah adalah meninggalkan idea yang lama kepada yang baru (lihat tajdid dalam laman ini). Yang baru itu ialah yang berasaskan kepada idea tujuan penciptaan manusia.

Adalah tidak munasabah, apabila Allah hendak menjadikan kita sebagai khalifah, kita pula mencari jalan lain selain jalan kekhalifahan itu.

Alasan Allah sangat simple untuk diikuti: Allah mencipta manusia dianugerahi dengan ketinggian darjat yang beberapa sahaja (al-Anam, 165) ertinya manusia mempunyai banyak kekurangan.

Bagi mengatasi kekurangan itu Allah mengharap manusia menjalani kehidupan yang saling bergantung antara satu sama lain, bagi mencukupkan kekurangan itu. Jadi, seruan-seruan Allah melalui ayat-ayat yang menyebut khalifah itu maksudnya ialah menyeru manusia hidup dalam situasi saling bergantung hidup antara satu sama lain. Inilah bentuk kehidupan kekhalifahan, iaitu hidup dalam situasi saling bantu membantu. Jadi alasan untuk menjadi khalifah itu cukup simple, dan simple juga untuk diikuti. Dengan demikian sewajarnya kita berfikir bahawa jalan hidup yang Allah aturkan itu juga adalah simple, sangat praktikal, manusia mampu melakukannya.

Jadi, sewajarnya prinsip hidup yang harus kita pegang dan amalkan ialah seperti yang disebut oleh hadis iaitu hidup yang memberi manfaat kepada orang lain. Inilah konsep hidup kekhalifahan itu.

Apakah alasan kita untuk tidak menyahut seruan Allah swt itu tadi?

Cuma, barangkali kerana bunyinya ialah khalifah itu menyebabkan kebanyakan kita sedikit tergamam, terkejut, kerana itulah ayat 62 an-Namli menyebut khalifah ertinya pengganti.

Menjadi pengganti Allah jangan dilihat bahawa kita menyisihkanAllah dan mengambil tempat-Nya tetapi harus dilihat dari sudut yang disebut oleh hadis Setiap kali hamba-Ku menolong orang susah, Aku ada di sebelahnya.

Wallahu aalam.

Sunday, June 25, 2023

Tujuan penciptaan manusia

Assalamu alaikum. 

Tujuan Allah mencipta kita dan meletakkan di muka bumi ini adalah untuk dijadikan khalifah. Hal ini disebut oleh ayat 30 al-Baqarah, Allah berfirman, 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi'. Jadi, kita tidak ada pilihan lain selain menjadi khalifah. Kajian saya menemui 8 ayat yang menyebut khalifah, ertinya untuk menjadi khalifah itu ialah dengan mengikuti maksud ayat-ayat yang 8 itu. Buat permulaan saya poskan artikel bertajuk TUJUAN PENCIPTAAN MANUSIA.

Tulisan ini adalah merupakan skrip video saya. Videonya boleh ditonton di YouTube mola70s. Saya sudah siarkan 3 siri video. Yang ke-4 dan 5 sedang disiapkan. Jadi berikut ini ialah skrip bagi Siri 1.

Tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian,

ü untuk menjadi orang Islam yang baik harus tahu tujuan penciptaan manusia

ü untuk mengharap rahmat Allah harus tahu tujuan penciptaan manusia.

Ertinya, TPM     

ü adalah pengetahuan paling asas yang kita perlukan untuk menjadi orang Islam yang baik,

ü pengetahuan paling asas yang diperlukan untuk kita mendapat rahmat Allah.

Pendek kata untuk menjadi orang Islam yang baik,

Untuk menjadi orang yang mendapat rahmat Allah,

mau tak mau kena tahu dulu TPM.

Jadi pengetahuan tentang TPM adalah ilmu yang paling asas untuk menjadi seorang Islam yang baik dan dirahmati Allah.

Dengan kata lain, TPM harus kita ketahui terlebih dahulu sebelum kita belajar hal2 agama.

Ertinya, sebelum kita belajar tentang muamalat,

belajar tentang ibadah dan cara2 beribadah, dsbnya,

apa yang boleh dan tidak boleh kita lakukan dsbnya,

harus tahu TPM,

Jika tidak,

ditakuti lain yang Allah suruh, lain pula yang kita lakukan,

ditakuti juga, cara beribadah kita akan jadi tidak tentu hala,

tidak tahu yang mana yang diredhai, yang mana tidak diredhai.

Sdr/sdri dihormati sekalian,

jadi konten video ini akan menerangkan tentang TPM,

 

Ini ialah pengetahuan tentang TPM,

atau apakah tujuan Allah mencipta kita dan meletakkan di bumi ini.

Apakah tujuan Allah mencipta kita dan meletakkannya di bumi.

TPM adalah untuk dijadikan khalifah.

Hal ini disebut oleh ayat 30 al-Baqarah, yang menyebut

Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.

Saya ulang, sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.

Ertinya, Allah mencipta kita dan meletakkan di bumi ini tujuannya untuk dijadikan khalifah.

Maksudnya,

harus difahami bahawa maksud ayat 30 itu tadi,

Allah menyuruh semua manusia menjadi khalifah

Jadi persoalan kita sekarang ialah:

ü siapakah khalifah itu,

ü atau macam mana hendak menjadi khalifah.

 

Siapakah khalifah?

Jadi tentu sdr/adri hendak tahu bagaimana cara menjadi seorang khalifah di bumi ini, sekarang ini.

Video ini akan cuba menjelaskan maksud ayat 30 itu tadi,

tetapi yang maksudnya ketua pemerintah atau raja.

Video ini akan menjelaskan khalifah dengan maksud lain,

mengikut beberapa ayat al-Quran yang saya temui.

 

Saya mulakan dengan menyatakan bahawa seruan menjadi khalifah itu adalah buat kita semua,

Allah menghendaki kita semua menjadi seorang khalifah di bumi.

Sebelum itu, kita lihat dulu, mengapa Allah menghendaki manusia menjadi khalifah.

Maksud di sini ialah apakah alasan Allah menyuruh kita menjadi khalifah itu.

Jadi apabila Allah hendak menjadikan manusia sebagai khalifah itu bukan saja2, tetapi ada alasannya.

Alasannya disebut oleh ayat 165 al-Anam,

Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat,

Maksudnya,

Allah menyuruh manusia menjadi khalifah itu ialah meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat,

Ayat ini membayangkan, bahawa setiap manusia Allah jadikan tidak sama antara seorang dengan yang lain.

Ertinya, setiap manusia itu diberi beberapa kelebihan, yang tersendiri, yang tidak sama antara seorang dengan yang lain.

Ertinya, ada orang diberi kelebihan dari sudut jasmani, seperti badan besar, kuat,

yang lain pula diberi kelebihan dari sudut rohani,

seperti otaknya cerdik, pandai dalam pelajaran.

Apakah Kelebihan2 itu?

Mengikut ayat 69 al-Araf kelebihan itu dikodkan sebagai

kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu

Ertinya, kelebihan itu ialah dari segi bentuk kejadian tubuh.

Tetapi jangan lupa, manusia dijadikan dari dua unsur,

unsur jasmani

unsur rohani.

Yang jasmani itu ialah tubuh badan kita dan segala anggotanya kaki, tangan,

termasuk dalam badan seperti seperti hati, jantung, paru2, sistem saliran darah, saraf dsb.

Yang rohani ialah akal, emosi, naluri,

Jadi kedua-dua inilah yang disebut kelebihan dan kekuatan itu tadi.

Jadi, yang kelebihan itu maksudnya ialah yang rohani itu,

yang kekuatan itu maksudnya ialah yang jasmani itu.

Selain jasmani dan rohani itu tadi ialah ada kelebihan lain yang dimasuk kira sebagai kelebihan dan kekuatan itu, iaitu wang dan harta.

Sebab?

 

Wang dan harta kepunyaan kita itu adalah manifestasi dari kelebihan akal.

Akal yang cerdik

ü menjadikan seseorang itu pandai dalam pelajaran

ü menjadikan seseorang itu pandai business

Hasilnya ialah harta kekayaan.

Jadi harta kekayaan itu juga dikira kelebihan bagi sesetengah orang.

Jadi apa yang dapat kita lihat ialah fenomena

ü Ada orang kaya, ada orang miskin,

ü ada yang badan besar, kuat, ada yang badan kecil, tidak kuat,

ü ada pula yang jadi OKU

Jadi hendak disebutkan di sini ialah

semua aspek inilah yang Allah jadikan alasan menyeru manusia agar menajdi khalifah.

Kita lihat penjelasannya.

Di sisi Allah swt, kelebihan2 itu dilihat sebagai nikmat-nikmat Allah.

Ayat 69 al-Araf, menyebut Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya.

Jadi, oleh kerana itu adalah nikmat2 Allah, ayat yang sama menyeru, maka kenanglah.

Jadi, yang hendak dikenang itu ialah:

ü kekuatan jasmani,

ü kelebihan rohani,

ü wang dan harta.

Yang Allah sebut sebagai nikmat2 Allah.

Macam mana?

 

Kelebihan lawannya kekurangan.

Jadi cara mengenang itu ialah menggunakan nikmat-nikmat itu bagi membantu mereka yang kekurangan.

Jadi seseorang yang menyahut seruan maka kenanglah itu dikatakan telah mencapai martabat khalifah.

 

Jadi fahamlah mengapa Allah hendak menjadikan manusia sebagai khalifah.

Alasannya ialah

ü Kerana manusia mempunyai beberapa darjat kelebihan tetapi banyak kekurangan

ü  Bagi menampung kekurangannya itu tadi manusia Allah memerintahkan orang yang ada kelebihan itu mencukupkannya.

 

Jadi inilah caranya untuk menjadi khalifah, cara hidup kekhalifahan.

Ertinya siapa orang Islam yang menyahut seruan mengenang itulah yang mendapat martabat khalifah.

Jadi, ertinya inilah pra syarat:

ü menjadi orang Islam yang baik,

ü orang yang hidupnya akan mendapat rahmat Allah.

ü yang disebut oleh ayat 69 al-Araf iaitu jalan hidup yang berjaya.

ü Jalan hidup yang ganjarannya ialah jalan singkat ke syurga, tanpa melalui sesi seksaan di neraka.

 

Jadi harus difahami ayat 165 al-Anam dan ayat 69 al-Araf itu ialah asas untuk menjadi khalifah.

Apa yang hendak kita lakukan?

Melalui ayat 69 al-Araf, Allah swt menyebut, maka kenanglah.

Apakah yang hendak dikenang itu?

Ada dua perkara yang perlu kita jangan sampai lupa:

1.      Mengenang nikmat2 yang disebut kelebihan (dan kekuatan) itu,

2.      Ayat 165 menyebut kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.

Saya ulang dua perkara itu:

Apakah yang hendak dikenang itu?

Ada dua perkara yang perlu kita jangan sampai lupa:

1.      Mengenang nikmat2 yang disebut kelebihan (dan kekuatan) itu,

2.      Ayat 165 menyebut kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.

Apakah caranya hendak mengenang itu?

 

Menggunakan kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh itu.

 

Apabila disebut pada bentuk kejadian tubuh ertinya menggunakan jasmani dan rohani kita.

 

Caranya:

Kelebihan lawannya kekurangan

Jadi caranya ialah menggunakan kelebihan yang kita ada, untuk membantu orang yang kita rasa ada kekurangannya.

 

Dari sudut jasmani:

ü Kalau kita lelaki rasa lebih kuat dari perempuan, kita tolong orang perempuan.

ü Kalau kita sedar kita cukup segala anggota, ada tangan kaki kita tolong OKU.

 

Dari sudut rohani:

ü Kalau kita rasa kita lebih pandai komputer, maka tolong orang lain yang kurang pandai.

ü Kalau kita rasa kita pandai sikit2 tentang kereta, tolong orang yang menghadapi masalah kereta tak boleh start.

ü Kalau seorang perempuan menghadapi masalah tak boleh start kereta, kita tolong sebab dia mungkin tak tahu.

 

Siapakah khalifah?

Itulah sikap seorang khalifah.

Senang bukan.

 

Tetapi jangan lupa, manifestasi dari kecerdikan akal itu membuatkan dia jadi kaya harta dan wang;

ü Dia mampu belajar sampai dapat lulus university,

ü Dia pandai business, banyak wang dan harta.

Jadi ini juga kelebihan dari sudut rohani;

Jadi kita juga dituntut menggunakan harta dan wang ini untuk membantu orang yang kekurangan.

Kalau jiran menghadapi masalah kewaangan membayar yuran sekolah/pengajian, kita wajib membantu.

 

Nota:

Jika sdr/sdri ada soalan atau komen,

Sila buat komen di bawah artikel ini,

atau wsap 0133377242 Hj Mohamad.

Sila mulakan wsap tuan/puan dengan perataan ‘Khalifah’